skip to Main Content
Sewa kereta dari RM70/hari

Menyewa Kereta di Bangi, Kajang, Cheras dan Selangor – Tips dan Panduan

Menyewa Kereta Di Bangi – Sewa Kereta Murah, Biasanya Bayar Tempahan Terlebih Dahulu

Menyewa Kereta di Bangi, Kajang, Cheras dan Selangor – Tips dan Panduan ini bakal memudahkan anda untuk proses menyewa dan penjaggan diri dan kereta.

 

Menyewa Kereta di Bangi – Sewa Kereta Murah, Biasanya Bayar Tempahan Terlebih Dahulu

Jika ada syarikat sewa kereta yang menawarkan sewaan kereta murah, biasanya anda akan diminta untuk membayar wang pendahuluan sebelum kereta dihantar. Wang pendahuluan ini tidaklah tinggi bergantung dengan jenis kenderaan atau kereta yang anda tempah.

Selalunya, kalau syarikat yang sediakan servis kereta sewa ada mengenakan wang pendahuluan, tempahan tidak boleh dibatalkan. Namun, anda boleh menukar tarikh sewaan kereta pada tarikh yang lain.

Jika anda gagal ambil kereta pada tarikh dijanjikan, wang pendahuluan akan dikira hangus atau tidak akan dipulangkan. Jadi, fikir masak-masak untuk pilih tarikh bagi ambil kereta sewa anda.

Menyewa Kereta di Bangi, Kajang, Cheras dan Selangor
Kereta sewa murah bangi, kajang, cheras, serdang selangor

Lihat & Semak Kerosakan Pada Kereta

Amalkan setiap kali menyewa kereta, sila pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Antara perkara perlu semakan ialah:

  • Lampu hadapan dan belakang.
  • Lampu signal kiri dan kanan selain lampu brek.
  • Kecacatan pada badan kereta.
  • Pengelap cermin (viper) kereta.
  • Hon kereta.
  • Keadaan tempat duduk.
  • Penyaman udara samada berfungsi dengan baik atau tidak.
  • Minyak hitam dan angin tayar.

Ambil masa anda untuk mengelilingi kereta dan lakukan semakan di atas. Buat rekod andai terdapat ‘kecacatan’ pada kereta. Jika perlu ambil gambar sebagai bukti (sebelum dan selepas). Kereta rosak penghawa dingin. Lampu tak boleh menyala. Anda tentunya tidak mahu perkara ini berlaku. Malah, ia boleh membahayakan nyawa anda dan keluarga. Jadi, faktor ini sangat penting untuk keselamatan anda sepanjang menyewa kereta.

Tahukah anda terdapat kes di mana syarikat meminta ganti rugi untuk kerosakan yang terjadi kepada kereta mereka, selepas anda memulangkan kenderaan selama beberapa hari? Mereka menyalahkan anda.

 

Tangki Minyak Penuh

Ada syarikat yang menjanjikan tangki minyak penuh ketika mengambil kereta sewa. Jadi, kena pastikan janji ini ditunaikan. Seandainya tiada penawaran seperti ini, anda kena semak tangki minyak kereta. Jika didapati tangki minyak atau penunjuk had petrol menghampiri ‘E’, minta tunjuk arah daripada agen syarikat berkenaan untuk ke mana-mana stesen minyak berdekatan.

Anda tentu tidak mahu terkandas di tepi jalan dek kerana kereta sewaan anda tidak ada minyak!

 

Menyewa Kereta di Bangi, Cheras, Kajang atau Serdang – Penghantaran Kereta

Ada syarikat yang menyediakan penghantaran kereta sewa ke hotel atau ke lapangan terbang. Jika anda menggunakan khidmat ini, pastikan kereta itu diletakkan di tempat atau lokasi yang selamat.

Contohnya di hotel, boleh minta syarikat letakkan kereta sewa di ruangan tempat letak kereta hotel untuk elakkan kereta sewa anda disaman kerana tidak membayar tiket parking oleh pihak majlis perbandaran.

 

Jaga Kereta Sewa Dengan Baik

Sebagai seorang yang bertanggungjawab menggunakan hak milik orang, mestilah menjaga kereta yang disewakan dengan baik. Jaga dan gunakan sebagaimana menggunakan kenderaan milik anda. Sepanjang penggunaan kereta sewa, sentiasa pastikan kereta berada di dalam keadaan bersih dan baik. Memandulah dengan berhemah, dan elakkan kenderaan terlibat dengan keadaan yang boleh mengundang jenayah.

Pastikan apabila meletakkan kenderaan, letaklah di kawasan yang bebas daripada bahaya. Jangan letakkan kenderaan yang disewa di kawasan yang berkemungkinan jenayah seperti di tempat sunyi di mana kecurian kereta boleh berlaku, dan pastikan kereta sentiasa dikunci dan tingkap sentiasa ditutup.


Jika anda ingin menyewa kereta di kawasan Bangi, Serdang, Kajang atau Cheras, hubungi KSM Car Rental dengan segera. Kunjungi Facebook Kereta Sewa Murah Bangi, Kajang, Cheras dan Selangor.

 

Tunggu apa lagi?

Call atau Whatsapp: 018-366 7118

Kereta Sewa Murah Bangi
Back To Top